Skip to main content

22 Tahun + Titik Hitam




Aku tak pasti apa yang menuntut aku untuk menulis pada waktu begini. Mungkin sebab aku perlu teman bicara tatkala mereka yang lain sedang terbenam kepalanya di atas bantal empuk. Mata yang menolak untuk lelap telah mewujudkan sebuah pesta pada minda. Yang pasti bukan pesta sukaria!

Kadang aku bertanya sebab tidak puas hati sehingga aku mempersoalkan takdir! Kenapa pada lewat usia muda begini, aku dah merasa pelbagai dugaan. Dalam usia 20an, aku terpaksa menyeret dan memacu minda untuk bertindak menjadi orang dewasa yang luar biasa kedewasaannya! Dugaan demi dugaan aku hadapi. Aku tidak pasti, adakah wujudnya seorang makhluk yang telah mengikat kontrak dengan makhluk lain untuk mempersendakan hidup aku? Atau adakah aku seorang yang kuat, sebab itulah aku diuji begini? Sebab aku rasa hidup aku seakan pementasan drama swasta yang penuh dengan emosi atas arahan seorang pengarah! Kalau betul begitu kehidupan aku, come on si pengarah show your bloody face to me!

Pernah tak korang rasa, ada satu part dalam hidup, korang rasa fedup untuk teruskan hidup? Ke aku seorang saja yang berperasaan begitu? Mesti ini kes selalu menonton drama TV3! Kahh! Selepas pemergian ayah aku, aku rasa banyak sangat dugaan. Berapa kali dah aku sakit. Sampai kena operate. Aku menangis siang malam, sehingga satu tahap aku meraung dan memanggil ayahku. I wish he was there with me to hold my hand and Give me strength! Ketika itu, aku terlantar di atas katil hospital tidak tumpah seperti sebuah kapal besar yang dicengkamkan sauhnya di tengah lautan bergelora disertai ribut petir, terumbang ambing bila dipukul badai! Dua sahaja pilihan; aku kekal tabah atau aku mengalah. Aku tidak boleh bangun sendiri. Ke kamar mandi pun perlu berteman. Aku betul-betul down. Aku pandang cermin. Pantulannya muka aku yang pucat dan aku ingin meludah pantulan tersebut!

Yang dapat aku simpulkan pada ketika itu;
pertama, aku benci diri aku sebab dilahirkan begini tidak seperti orang lain; yang tampaknya hanya ada masalah jalanan.
Kedua, aku benci hidup aku sebab hidup aku komplikated dan porak peranda; kenapa hidup aku dan kenapa bukan hidup orang lain.
Bangsat, sial, najis, durjana, neraka!

Mujur ada seorang insan yang diturunkan ke bumi, untuk menepis demonic inside aku. Ketika aku menangis selepas melihat wajah pucat di hadapan cermin yang tidak sempat diludah dengan air liur basi, insan itu telah menyentuh bahu aku kemudian rambut aku.

Insan itu; Mom. My MOM. Sambil membasuh rambut aku, dibelai rambut aku, dilap belakang aku, dia perlahan berkata "Awak tak boleh begini. Kalau awak terus begini, macam mana dengan saya (mak)? Macam mana dengan adik² awak? Awak kena kuat. Kita kena kuat. Ingat apa ayah selalu pesan? Saat dia pergi meninggalkan kita, awak masih lagi boleh bangkit dan 'menghantarnya pulang'. Tidak kan sakit begini awak tidak kuat?"

Aaku menangis dengan sepuas-puasnya di kamar mandi hospital. Satu habit aku yang paling kejam. Aku anggap pemergian ayahku, itu salah semua orang. Dalam berbulan, aku anggap segala dugaan yang aku terima, aku salahkan semua orang di sekeliling aku. Aku cop mohorkan bahawa semua yang terjadi salah dia, awak, mereka! Selepas permergian ayahku, ada satu titik hitam dalam hati dan hidup aku. Titik hitam itu yang membina tembok keras dan membentu bongkah ais ego yang hanya akan cair bila terbit mentari membahang diminda/hati aku. 

Meskipun aku dapat menerima kenyataan sekarang ini, ia tidak dapat melunturkan titik hitam itu. Malah, titik hitam itu mungkin akan membesar seiring dengan usia aku sebagai seorang sahabat sejati. 

Life isn't guarantee you with something special. There are an ups and downs. If u can go thru it with a tears and big heart, u are success! Then promise to yourself, after cry out loud today u'll never cry for the same reasons again, tomorrow. 
- I miss all the moments that i had with my dad :)

Comments

By TwentyTwo said…
Moving on doesnt mean that u forget about things. It just means u have to accept what happened i ur life and continue living..smile girl, big girls dont cry!

Popular posts from this blog

Pakaian Tradisional Lelaki Iban Sarawak

Something to be shared. Sebab aku rasa maklumat mengenai kaum Iban di Sarawak, kalau kita Google melambak yang mengarut dari yang tepatnya. Sebagai orang Iban, why not aku kongsi perkara ini. Untuk membantu diri sendiri dan juga orang lain. Aku pun tengah belajar bahasa Iban. Cetek lagi ilmu aku dalam bahasa ibunda sendiri. Btw, aku ambil Bahasa Iban sebagai minor di UPSI. Sebenarnya maklumat tersebut merupakan assigment aku. Kalau ada yang salah sila perbetulkan. Kalau-kalau la ada pihak yang arif bahasa Iban lalu di blog ini . Aku masih lagi belajar, Banyak benda yang aku tak tahu.

Photo taken from Google and Other Blogs :)

Lanjang Ngepan tradisional laki ke dikena ba pala dikumbai kitai lanjang. Bisi sebengkah perengka ba lanjang ke dikumbai ketapu. Ketapu nya digaga ari wi. Wi nya dianyam lalu chura iya nitihka peneka diri empu. Udah wi tembu dianyam sereta dicat, iya digelar kitai ketapu. Bisi mega ketapu dianyam sereta dicat nitihka chura burung kenyalang. Udah ketapu tembu diany…

Semalaman di Perkampungan Orang Asli

Tengah takda benda nak buat, hati aku terpanggil untuk update blog. Cewahhh! Penangan belek folder gambar lama la tu. Pengalaman bermalam di Perkampungan Orang Asli agak menarik bagi aku. Aku suka program yang berbentuk bring me out to other places. Aku jenis yang tidak boleh duduk di tempat yang sama dalam jangka panjang sebab aku cepat muak, stres, sakit kepala. Aku suka tempat yang boleh refresh emosi dan jiwa. Gitu!
Ok, let make it short. Program anjuran Persatuan Bahasa Iban UPSI di Perkampungan Orang Asli Pecah Batu ini berbentuk khidmat masyarakat. Program ini santai dan simple je. Pertama, mendekati penduduk orang Asli. Kedua, pertukaran cara hidup @ budaya. Kami kaum Iban memperkenalkan budaya kami dan begitu juga dengan mereka! Agak seronok sebenarnya kalau susunan program itu betul dan padat.
Program: Program Khidmat Masyarakat di Perkampungan Orang Asli Tempat: Kampung Pecah Batu, Perak Tarikh: 13 Mac - 15 Mac 2015

Program ini bermula 13/3/2015. Tapi beberapa orang antara…

Luahan Hati Seorang Bohsia

Today is Friday . I'm free . Eh , bukan aku memang selalu free ke ? wakakaka . Ohkay serius sikit . TV show favourite dah nak start dah ni . fokus fokus fokusssss !
iklan ini ditaja oleh Loreal Paris .  Apa kaitan diri ku ini dengan Loreal Paris ? Tetiba (-_-")
Hye you all ! Selamat pagi ! apa khabar ? Anda , bersama saya pengacara pada hari ini Cik Meeniey Vogue The Best !! (lambai tangan) Anda sedang menyaksikan rancangan No Rumours No Glamours ! Nah , ko ada ? Kita akan kupas sedikit tajuk mengenai perjalanan hidup seorang bohsia bersama tiga orang tetamu jemputan iaitu Profesor Kiah , Datin Joyah dan bekas bohsia Cik Munah !
Main main jugak , gedik gedik jugak tapi aku tak sentuh fasal hidup orang lain . ewahhhh ! Isnin minggu depan , aku akan sitting for JPJ test pukul 2 petang . Harap semuanya berjalan dengan lancar . Sebulan dah aku belajar memandu . Dulu , hidup hidup aku ingat belajar drive sampai 3 bulan . Mana ada orang nak ajar engko sampai 3 bulan ? At least lah…