Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2016

Panaskan Enjin

Hampir sepuluh minit menghadap laptop, nampaknya aku dah tak layak lagi nak menulis di blog. Aku tak tahu nak mulakan dari mana. Susah gila alahai nak muntahkan segala cerita dan fikiran di sini. Lama juga tidak menjenguk blog. Macam biasa. Alasan cliche, busy! Orang lain pun busy. Mengada je tau -_-" Eh, ada lagi tak orang yang menggunakan emoticon seperti ini -_-" ini :P ini :D atau ini :( Biasa lah 90 babies ni. We are not babies anymore. Nampak sangat dah tak relevan. Biorla generasi muda yang memacu negara kita. Haha tetiba pulak. Tak tahu nak kata apa dah. Cuma aku nak zaman aku menaip dengan hati kembali semula. Dulu, everyday aku akan up satu entry. Aku suka menaip. Bercerita. Meski ku rapuh, dalam langkah kadang tak setia kepadamu. Eh? Haha. Ye lah, bukan ada orang pun yang baca. Aku menulis dengan syok sendiri. Aku nak saat itu muncul semula. nak menulis di atas kertas, den malas. Dunia dah maju dek, marilah kita bersama-sama manfaatkan teknologi yang ada. Cingggg…