Skip to main content

Semalaman di Perkampungan Orang Asli




Tengah takda benda nak buat, hati aku terpanggil untuk update blog. Cewahhh! Penangan belek folder gambar lama la tu. Pengalaman bermalam di Perkampungan Orang Asli agak menarik bagi aku. Aku suka program yang berbentuk bring me out to other places. Aku jenis yang tidak boleh duduk di tempat yang sama dalam jangka panjang sebab aku cepat muak, stres, sakit kepala. Aku suka tempat yang boleh refresh emosi dan jiwa. Gitu!

Ok, let make it short. Program anjuran Persatuan Bahasa Iban UPSI di Perkampungan Orang Asli Pecah Batu ini berbentuk khidmat masyarakat. Program ini santai dan simple je. Pertama, mendekati penduduk orang Asli. Kedua, pertukaran cara hidup @ budaya. Kami kaum Iban memperkenalkan budaya kami dan begitu juga dengan mereka! Agak seronok sebenarnya kalau susunan program itu betul dan padat.

Program: Program Khidmat Masyarakat di Perkampungan Orang Asli
Tempat: Kampung Pecah Batu, Perak
Tarikh: 13 Mac - 15 Mac 2015


Program ini bermula 13/3/2015. Tapi beberapa orang antara kami tidak dapat turut sama pergi ke sana pada tarikh tersebut. Sebab 13/3 tu hari Jumaat. I kan rajins so I ada kelas hari Sabtu. Kelas Kokurikulum pada hari Sabtu tak boleh skip. Jadi, kami berenam mengambil inisiatif lain iaitu menyewa kereta untuk 24 jam. Rasa mencabarla sikit bila drive sendiri :P Dari Tanjong Malim ke Pecah Batu kira-kira 30 - 40 minit masa perjalanannya. Tak jauh jarak perjalanan sebenarnya. Ada je orang asli bekerja di UPSI. Banyak juga aktiviti kami ketinggalan. Oh ya, kami bermalam dalam khemah. tapak khemah kami berdekatan air terjun. Lena je tidur mendengar bunyi air berderu-deru. semangat Go Green betul aku kan!


Sebelah malam, terdapat persembahan alat muzik, pakaian dan tarian tradisional. Masa ni la aku tengok live. Selalunya tengok dalam TV je. dalam Tv kadang-kadang maklumatnya tidak betul sangat. Ye la, selalu dalam TV disiarkan orang Iban di Sarawak tidak berpakaian, rumah tinggi, tiada jalan raya dan sebagainya. Kita kena sedar, tak semua pihak penyiaran rajin nak buat rakaman semula. Rakaman orang guna sumpit, berpakaian separuh bogel dan lain-lain tu mungkin dibuat pada tahun 90-an. Ko jangan! Jangan nak memperlekehkan tamadun Iban. Kami ini berketurunan pahlawan tau! Kang terbang kepala ko. haha. ok gurau je. Elekkk eerrrr :P


Selepas pelajar Iban UPSI mempersembahkan tarian Ngajat, kaum orang Asli ini juga turut mempersembahkan tarian Sewang mereka. Senang juga tarian mereka tu. Ehem! Aku ada cuba ok. Memandangkan mereka juga cuba Ngajat, jadi kira tak fair kalau kami tak cuba tarian mereka. Namanya pun dah bertukar kebudayaan. 






Bila aku upload gambar di atas, punya la cilake kawan aku kata muka aku pun sebijik sebijan macam muka orang Asli. But i never down. Tau la aku ni itam! bentak hati ku. Kehkehkehkeh. Aku kan ego dan angkuh. Jadi aku jawab ah "amboi! kalau engkau belajar Sejarah, engkau tak akan mempertikaikan kenapa aku bermuka begini. Kita dari rumpun yang sama!" Walhal kenapa dari rumpun yang sama. eh? haha. apa kaitan orang Iban dengan Melayu Deutro. Orang Iban ni oran Iban la! Kahkahkahkah. Terus kawan aku sentap tau :P 



Keesokan paginya yakni 15/3, kami menjalankan aktiviti gotong-royong. Membersihkan persekitaran rumah keluarga angkat dan kawasan sekitar. Sambil-sambil tu, sempat juga selfieeeeeeee manjang dengan mereka. Sampai ter ek ek ek anak mereka nangis sebab tak nak selfie dengan aku. Adakah ini boleh dikategorikan sebagai deraan? kihkihkih :P




 Mereka sangat baik. Ringan mulut dan ringan tulang. Mereka tak akan biarkan kami sediakan makanan tanpa pertolongan mereka. Senior kata hari pertama mereka di Pecah Batu, penduduk dapat jerat babi hutan tau! Mereka berkongsi hasil jerat dengan kami. Dapatla merasa pork malam tu. Nyummmms! Dibakar lagi tu. Ahh, tetiba meleleh air liur aku :P





Kami rushing nak balik sebab sewa kereta 24 jam je. Nak hantar sorang-sorang balik rumah sewa. Nak hantar kereta sewa lagi -_-" Jadi I tak merasa nak mandi air terjun di sana. Sentuh sekejap rendam kaki tangan cuci muka berus gigi pun takpa la kan. lama la pulak tak mandi tejun sungai ni. Cantik je pemandangan air terjun di sini. leka sekejap aku ^_^






Instant update, done! Ihiks. Bukan malas. Tapi aku datang lewat sehari. datang-datang je dah mereka habis lunch. Aktiviti selepas lunch tu semua ringan-ringan. Aku update ini berdasarkan gambar yang ada kat aku je. Mereka tidak seperti yang selalu dipikirkan oleh orang luar. mereka juga sudah mengalami kemajuan. Banyak mereka yang bekerja di UPSI. Rumah mereka juga sudah ada yang berumah batu. sayang juga rumah bamboo mereka kalau dibiarkan. Sebab rumah lama mereka itu lah identiti mereka :) So, bye for now!




Comments

Popular posts from this blog

Pakaian Tradisional Lelaki Iban Sarawak

Something to be shared. Sebab aku rasa maklumat mengenai kaum Iban di Sarawak, kalau kita Google melambak yang mengarut dari yang tepatnya. Sebagai orang Iban, why not aku kongsi perkara ini. Untuk membantu diri sendiri dan juga orang lain. Aku pun tengah belajar bahasa Iban. Cetek lagi ilmu aku dalam bahasa ibunda sendiri. Btw, aku ambil Bahasa Iban sebagai minor di UPSI. Sebenarnya maklumat tersebut merupakan assigment aku. Kalau ada yang salah sila perbetulkan. Kalau-kalau la ada pihak yang arif bahasa Iban lalu di blog ini . Aku masih lagi belajar, Banyak benda yang aku tak tahu.

Photo taken from Google and Other Blogs :)

Lanjang Ngepan tradisional laki ke dikena ba pala dikumbai kitai lanjang. Bisi sebengkah perengka ba lanjang ke dikumbai ketapu. Ketapu nya digaga ari wi. Wi nya dianyam lalu chura iya nitihka peneka diri empu. Udah wi tembu dianyam sereta dicat, iya digelar kitai ketapu. Bisi mega ketapu dianyam sereta dicat nitihka chura burung kenyalang. Udah ketapu tembu diany…

Luahan Hati Seorang Bohsia

Today is Friday . I'm free . Eh , bukan aku memang selalu free ke ? wakakaka . Ohkay serius sikit . TV show favourite dah nak start dah ni . fokus fokus fokusssss !
iklan ini ditaja oleh Loreal Paris .  Apa kaitan diri ku ini dengan Loreal Paris ? Tetiba (-_-")
Hye you all ! Selamat pagi ! apa khabar ? Anda , bersama saya pengacara pada hari ini Cik Meeniey Vogue The Best !! (lambai tangan) Anda sedang menyaksikan rancangan No Rumours No Glamours ! Nah , ko ada ? Kita akan kupas sedikit tajuk mengenai perjalanan hidup seorang bohsia bersama tiga orang tetamu jemputan iaitu Profesor Kiah , Datin Joyah dan bekas bohsia Cik Munah !
Main main jugak , gedik gedik jugak tapi aku tak sentuh fasal hidup orang lain . ewahhhh ! Isnin minggu depan , aku akan sitting for JPJ test pukul 2 petang . Harap semuanya berjalan dengan lancar . Sebulan dah aku belajar memandu . Dulu , hidup hidup aku ingat belajar drive sampai 3 bulan . Mana ada orang nak ajar engko sampai 3 bulan ? At least lah…