Skip to main content

Writer Not Really A Writer =)




Hye ! Seems semua orang pun dah jatuh hati dengan katil memasing plus rindu sangat pada bantal, just say sorry sebab mengganggu :P I have something to be shared . Sebenarnya, aku suka menulis. But a problem is aku tak tahu nak menulis dari posisi mana. Novel ? Uhh . Saya bukan pencinta novel. Skrip ? I'm not creative enough to create blockbuster movies ! Syair , lagu , or traditional iban's leka main ? My heart totally no come to one of the things i mentioned there . Jelas bebeno aku seorang remaja yang masih terkapai-kapai dalam mencari dan mengenalpasti identiti diri . iyerrrrrrrrrr ! Hahahaha ! :3 This one ! This one ! Aku nak kongsi ni je. My sociolinguistic assignments actually.


KESANTUNAN BERBAHASA MASYARAKAT MAJMUK
Tania Elias Idris

Bahasa Melayu telah lama diserasikan demi membentuk identiti orang-orang Melayu. Kita perlu menitikberatkan cara kita berbahasa kerana kita tinggal di negara yang mempunyai pelbagai kaum dan etnik. Namun, suasana yang kita dapat lihat sekarang tidak seperti yang diharapkan. Masyarakat lebih memilih untuk mengamalkan cara hidup barat. Keadaan ini yang mengasak minda saya untuk bertanyakan soalan “Adakah hanya orang Barat sahaja sudah maju?” Masyarakat kini berlumba-lumba kerana takut ketinggalan arus pemodenan sehinggakan nilai-nilai kesopanan yang sering dibawa bersama suatu ketika dahulu, tercicir dan diabaikan.
         Sesetengah pihak cuba menafikan bahawa kesantunan antara kaum kian rapuh. Jika kesantunan antara kaum tidak rapuh, mengapa timbulnya perselisihan faham? Mengapa saling tidak bertolak ansur? Kita boleh membuktikan perkara ini melalui kejadian seorang wanita yang digelar Kiki memiliki kereta Peugeot CDM 25 telah mengamuk kerana keretanya dilanggar secara tidak sengaja oleh Sim Siak Hong. Kiki yang berumur 30-an didakwa telah mencekak baju Sim Siak Hong berumur 67 tahun dan mengetuk kereta Toyota miliknya dengan stering lock. Tidak cukup lagi, Kiki telah meminta Sim Siak Hong membayar kereta yang telah dilanggar tersebut sebanyak RM2000 pada hari yang sama.
Tanpa menghiraukan orang ramai, Kiki ada menyebut perkataan “Cina” setelah dia masuk semula ke dalam keretanya. Perkataan tersebut tidak lucah, tidak kotor atau sebagainya tetapi jika merujuk kepada kesantunan, Kiki sangat biadap kepada orang yang lebih tua daripadanya sedangkan Sim Siak Hong mungkin sebaya ayahnya. Sebagai masyarakat yang hidup dalam lingkungan pelbagai kaum dan agama, kita perlu berbudi bahasa apabila bertutur. Kita perlu menghormati orang lain jika kita ingin dihormati. Tampaknya, nilai sebuah kereta lebih mahal daripada nilai sebuah kesantunan. Tidak dinafikan rakyat kita sekarang sangat kaya dengan harta benda tetapi jumud dalam berbudi bahasa.
Walau bagaimanapun, peristiwa tersebut harus dijadikan teladan dan iktibar kepada seluruh rakyat Malaysia. Kiki telah meminta maaf secara terbuka kepada Sim Siak Hong yang disiarkan secara langsung di sebuah stesen radio tempatan. Sim Siak Hong enggan mengambil tindakan undang-undang terhadap Kiki dan memaafkan Kiki. Nilai kesantunan dan bertolak ansur ini yang kita dambakan untuk mengekalkan perpaduan dalam masyarakat majmuk. 
Seterusnya, bahasa Melayu merupakan bahasa perhubungan untuk menyampaikan dan menerima gagasan antara seorang dengan seorang atau antara seluruh anggota masyarakat dengan anggota masyarakat yang lainnya. Tatabahasa atau tatacara berbahasa harus sesuai dengan norma-norma budaya sesuatu masyarakat yang menggunakan bahasa. Kesantunan bahasa sesuatu masyarakat sering kali dipengaruhi oleh norma-norma budaya masyarakat tersebut.
Terdapat sebuah iklan Maxis berkaitan merdeka yang berjudul It’s Ok. We’re family. Kita sudah biasa dengan panggilan pak cik, mak cik, abang, kakak dan sebagainya. Keadaan ini yang menjadi bukti kita mempunyai nilai kesantunan berbahasa sesama kaum. Berbalik kepada iklan tersebut, orang asing yang bernama Tim tidak terbiasa dengan panggilan yang diberi kepadanya sedangkan perkataan tersebut bagus dan menunjukkan nilai kesantunan atau hormat. Jika di negara barat, mereka sudah terbiasa jika memanggil orang tua, saudara-mara mahu pun ayah atau ibu mertua dengan nama.
Namun jika kita melihat iklan tersebut dari sudut lain, panggilan macha, abang, taiko dan sebagainya kadang-kadang tidak sesuai mengikut keadaan dan tempat. Seorang pelayan restoran memanggil orang putih tersebut dengan taiko menunjukkan pelayan restoran tersebut tidak santun ketika berbahasa walaupun niatnya baik. Sesetengah orang tidak ingin dipanggil dengan gelaran mak cik dan mak cik kerana perkataan tersebut seolah-olah melambangkan usia mereka terlalu tua. Di pejabat atau tempat rasmi, kita perlu mengelar seseorang dengan nama atau panggilan yang lebih santun seperti encik, cik, tuan dan sebagainya. Kemesraan yang melampau tanpa ada penetapan satu garis pemisah antara satu pihak dengan pihak yang lain boleh menggoyahkan hubungan. Meski pun kita sama usia tetapi jika salah seorang daripada kita mempunyai gelaran, contohnya Datuk atau Tuan, kita kena memanggil mereka dengan kata sapaan yang betul.

Kesimpulan
Bahasa yang baik menunjukkan budaya sihat bagi sesuatu masyarakat. Kesantunan berbahasa ketika kita berinteraksi akan membuat hidup kita lebih aman dan tenteram kerana tiada satu pun individu yang akan tersinggung. Oleh itu bahasa yang sopan perlu ditekankan ketika berkomunikasi untuk menunjukkan kehalusan budi bahasa dan peradaban. Kemesraan dan kesantunan mesti seimbang untuk menggelakkan perselisihan faham terutamanya bagi Malaysia yang penduduknya berbilang kaum.



p/s karangan ini merupakan idea asal saya sendiri. sekiranya terdapat persamaan, itu hanyalah kebetulan sahaja. kredit kepada meenieysykes.blogspot.com sekiranya anda menggunakan maklumat ini. terima kasih.




Comments

Popular posts from this blog

Pakaian Tradisional Lelaki Iban Sarawak

Something to be shared. Sebab aku rasa maklumat mengenai kaum Iban di Sarawak, kalau kita Google melambak yang mengarut dari yang tepatnya. Sebagai orang Iban, why not aku kongsi perkara ini. Untuk membantu diri sendiri dan juga orang lain. Aku pun tengah belajar bahasa Iban. Cetek lagi ilmu aku dalam bahasa ibunda sendiri. Btw, aku ambil Bahasa Iban sebagai minor di UPSI. Sebenarnya maklumat tersebut merupakan assigment aku. Kalau ada yang salah sila perbetulkan. Kalau-kalau la ada pihak yang arif bahasa Iban lalu di blog ini . Aku masih lagi belajar, Banyak benda yang aku tak tahu.

Photo taken from Google and Other Blogs :)

Lanjang Ngepan tradisional laki ke dikena ba pala dikumbai kitai lanjang. Bisi sebengkah perengka ba lanjang ke dikumbai ketapu. Ketapu nya digaga ari wi. Wi nya dianyam lalu chura iya nitihka peneka diri empu. Udah wi tembu dianyam sereta dicat, iya digelar kitai ketapu. Bisi mega ketapu dianyam sereta dicat nitihka chura burung kenyalang. Udah ketapu tembu diany…

Semalaman di Perkampungan Orang Asli

Tengah takda benda nak buat, hati aku terpanggil untuk update blog. Cewahhh! Penangan belek folder gambar lama la tu. Pengalaman bermalam di Perkampungan Orang Asli agak menarik bagi aku. Aku suka program yang berbentuk bring me out to other places. Aku jenis yang tidak boleh duduk di tempat yang sama dalam jangka panjang sebab aku cepat muak, stres, sakit kepala. Aku suka tempat yang boleh refresh emosi dan jiwa. Gitu!
Ok, let make it short. Program anjuran Persatuan Bahasa Iban UPSI di Perkampungan Orang Asli Pecah Batu ini berbentuk khidmat masyarakat. Program ini santai dan simple je. Pertama, mendekati penduduk orang Asli. Kedua, pertukaran cara hidup @ budaya. Kami kaum Iban memperkenalkan budaya kami dan begitu juga dengan mereka! Agak seronok sebenarnya kalau susunan program itu betul dan padat.
Program: Program Khidmat Masyarakat di Perkampungan Orang Asli Tempat: Kampung Pecah Batu, Perak Tarikh: 13 Mac - 15 Mac 2015

Program ini bermula 13/3/2015. Tapi beberapa orang antara…

Luahan Hati Seorang Bohsia

Today is Friday . I'm free . Eh , bukan aku memang selalu free ke ? wakakaka . Ohkay serius sikit . TV show favourite dah nak start dah ni . fokus fokus fokusssss !
iklan ini ditaja oleh Loreal Paris .  Apa kaitan diri ku ini dengan Loreal Paris ? Tetiba (-_-")
Hye you all ! Selamat pagi ! apa khabar ? Anda , bersama saya pengacara pada hari ini Cik Meeniey Vogue The Best !! (lambai tangan) Anda sedang menyaksikan rancangan No Rumours No Glamours ! Nah , ko ada ? Kita akan kupas sedikit tajuk mengenai perjalanan hidup seorang bohsia bersama tiga orang tetamu jemputan iaitu Profesor Kiah , Datin Joyah dan bekas bohsia Cik Munah !
Main main jugak , gedik gedik jugak tapi aku tak sentuh fasal hidup orang lain . ewahhhh ! Isnin minggu depan , aku akan sitting for JPJ test pukul 2 petang . Harap semuanya berjalan dengan lancar . Sebulan dah aku belajar memandu . Dulu , hidup hidup aku ingat belajar drive sampai 3 bulan . Mana ada orang nak ajar engko sampai 3 bulan ? At least lah…