Skip to main content

Dengue Fever




Hewhewhew . Cerita ini tak segar lagik . Tapi tetap jugak nak post kat sini . Ada aku kesah ?

Kawan saya kena dengue fever jugak beberapa hari yang lepas . Bersih kot . Nyamuk ini memang keturunan serangga yang kuat ke ? Tak pernah pernah nak pupus . You know ? ihiks . Beberapa hari lepas balik dari Indonesia , aku sakit . Demam mengejut . 3 hari kot aku tahan dok kat rumah . At last , aku dihantar ke hospital . Masuk emergency department . Diperiksa apa semua . Doktor sahkan aku terkena demam denggi . Pukul 2.30 pagi kot aku diadmit secara rasmi . Ehh ? Rasmi ? Muehehehe


Kedua dua belah tangan aku bengkak kena jarum tu kot . Lepas tu , mereka kena ambik sample darah aku 3 hingga 4 kali sehari T__________T Mereka langsung tak menghiraukan perasaan aku yang cute ini tau ! Ahaks *muntah cekedis warna warni*


Makanan kat hospital ko takyah tanya aku cemana . Rasa dia tawar nak meninggal >_< Dah lah memang aku langsung takda selera nak makan . Ditambah pulok makanan dia rasa tak ke hulu tak ke hilir , lemah aku nak bangun sebab tak makan . Demam denggi ini takda ubat kot . Ko makan lah apa yang ko nak makan . Minum lah sampai termuntah air apa yang ko nak minum . Sebab nurse tu cakap dengan aku , makin banyak ko berkumuh , makin cepat darah ko diganti . Betul ke ayat aku ? Almaklum lah aku bukan orang sains . Ehems . 

Nurse akan kasih water tumbler untuk sukat berapa ml air atau makanan yang ko makan dan minum . Lepas tu kalo ko nak shishi *bahasa elok sikit* mereka ada sediakan penyukat . Penyukat tu macam teko kecik dengan amaun sukatan ml . Makin banyak ko minum air , makin banyak lah isipadu air shishi dalam teko tu *wuackkkss . nak muntah aku cerita* Lepas tu , ko kena catatkan kat kertas . Kalo ko shishi 200 ml , ko catatlah angka tu kat kertas yang disediakan . 

Mak aku beli surat khabar . Kebtulan sungguh ada terjumpa kesedaran di ruangan akhbar ini ^_^


Tanda tanda demam denggi

  1. Demam kuat yang mengejut dan berterusan
  2. Bintik merah pada kulit
  3. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan kepala
  4. Berdarah pada badan, hidung dan mulut
  5. Hilang selera makan
  6. Muntah-muntah
  7. Sakit perut
  8. rasa pahit pada lidah
  9. lemah dan tidak bermaya

Aku mengalami kesemua tanda di atas . Kepala aku terasa berdenyut denyut terutama di bahagian belakang . Bintik bintik merah di bahagian badan terasa sangat gatal . Aku muntah dengan teruk . Hilang selera makan . Ko bayangkan berat aku turun 3 kg dalam 3 hari . Mereka akan beri NaCl berdasarkan berat badan dan tinggi kot . Sebab nurse dan doktor timbang berat badan aku dan sukat tinggi aku :P

Demam denggi takda ubat setakat ini . Orang tua cakap , daun betik bagus . Cuba rebus dan perah daun betik untuk mendapatkan jusnya . Pahit sangattttt okkk ! Dan , u can try air 100plus yang ori ye . Bukan yang ada perisa lemon pakebenda . 

Berbalik kepada tempat di mana aku terkena demam denggi ini , Indonesia . Tak dinafikan memang kotor . Sebab itik , ayam , khinzir dan binatang ternakan lain tak dikurung . Mereka lepaskan . Bersepah merata rata najis mereka kat bawah rumah . Lagi , kawasan tempat tinggal mereka masih hijau hutan banyak . Suka ati mak bapak nyamuk nak gigit aku kannnnn ! Haha . 

What's next ? Aku belom mandi lagikkkkk ! Choiiiiii !





Comments

Popular posts from this blog

Pakaian Tradisional Lelaki Iban Sarawak

Something to be shared. Sebab aku rasa maklumat mengenai kaum Iban di Sarawak, kalau kita Google melambak yang mengarut dari yang tepatnya. Sebagai orang Iban, why not aku kongsi perkara ini. Untuk membantu diri sendiri dan juga orang lain. Aku pun tengah belajar bahasa Iban. Cetek lagi ilmu aku dalam bahasa ibunda sendiri. Btw, aku ambil Bahasa Iban sebagai minor di UPSI. Sebenarnya maklumat tersebut merupakan assigment aku. Kalau ada yang salah sila perbetulkan. Kalau-kalau la ada pihak yang arif bahasa Iban lalu di blog ini . Aku masih lagi belajar, Banyak benda yang aku tak tahu.

Photo taken from Google and Other Blogs :)

Lanjang Ngepan tradisional laki ke dikena ba pala dikumbai kitai lanjang. Bisi sebengkah perengka ba lanjang ke dikumbai ketapu. Ketapu nya digaga ari wi. Wi nya dianyam lalu chura iya nitihka peneka diri empu. Udah wi tembu dianyam sereta dicat, iya digelar kitai ketapu. Bisi mega ketapu dianyam sereta dicat nitihka chura burung kenyalang. Udah ketapu tembu diany…

Semalaman di Perkampungan Orang Asli

Tengah takda benda nak buat, hati aku terpanggil untuk update blog. Cewahhh! Penangan belek folder gambar lama la tu. Pengalaman bermalam di Perkampungan Orang Asli agak menarik bagi aku. Aku suka program yang berbentuk bring me out to other places. Aku jenis yang tidak boleh duduk di tempat yang sama dalam jangka panjang sebab aku cepat muak, stres, sakit kepala. Aku suka tempat yang boleh refresh emosi dan jiwa. Gitu!
Ok, let make it short. Program anjuran Persatuan Bahasa Iban UPSI di Perkampungan Orang Asli Pecah Batu ini berbentuk khidmat masyarakat. Program ini santai dan simple je. Pertama, mendekati penduduk orang Asli. Kedua, pertukaran cara hidup @ budaya. Kami kaum Iban memperkenalkan budaya kami dan begitu juga dengan mereka! Agak seronok sebenarnya kalau susunan program itu betul dan padat.
Program: Program Khidmat Masyarakat di Perkampungan Orang Asli Tempat: Kampung Pecah Batu, Perak Tarikh: 13 Mac - 15 Mac 2015

Program ini bermula 13/3/2015. Tapi beberapa orang antara…

Luahan Hati Seorang Bohsia

Today is Friday . I'm free . Eh , bukan aku memang selalu free ke ? wakakaka . Ohkay serius sikit . TV show favourite dah nak start dah ni . fokus fokus fokusssss !
iklan ini ditaja oleh Loreal Paris .  Apa kaitan diri ku ini dengan Loreal Paris ? Tetiba (-_-")
Hye you all ! Selamat pagi ! apa khabar ? Anda , bersama saya pengacara pada hari ini Cik Meeniey Vogue The Best !! (lambai tangan) Anda sedang menyaksikan rancangan No Rumours No Glamours ! Nah , ko ada ? Kita akan kupas sedikit tajuk mengenai perjalanan hidup seorang bohsia bersama tiga orang tetamu jemputan iaitu Profesor Kiah , Datin Joyah dan bekas bohsia Cik Munah !
Main main jugak , gedik gedik jugak tapi aku tak sentuh fasal hidup orang lain . ewahhhh ! Isnin minggu depan , aku akan sitting for JPJ test pukul 2 petang . Harap semuanya berjalan dengan lancar . Sebulan dah aku belajar memandu . Dulu , hidup hidup aku ingat belajar drive sampai 3 bulan . Mana ada orang nak ajar engko sampai 3 bulan ? At least lah…