Skip to main content

Kita Cakap Tentang




DOKTOR .

Yups , doktor ! Ada doktor atau doktor-to-be ke tengah baca ini (amboihh ingat blog ko blog berilmiah doktor nak baca) , sila patahkan tengkuk angkat kaki cepat . Happy Thursday :)

Beberapa hari lepas balik dari Indonesia , aku ter-sakit puloks . Menggelabah sat mak pak aku balik . Mihmihmih . Aku admitted ke hospital 3 ke 4 hari . Tak ingat . Aku suka kat doktor di department kecemase tu . Bukans kencings masins you tau ! Ok , sambung . Aku suka bukan jatuh cinta . I mean , doktor kat sana bebaik . Memang doktor Cina lah yang banyak kat department kecemasan . Aku sakit tahun lepas pun doktor yang sama merawat aku . Ehem .

14/7 Isnin , doktor suruh aku check darah . Aku pergi lah poliklinik yang terdekat . Kita bagitau Poliklinik A senang cegheta . Dorang ambik darah aku terus suruh aku datang balik dalam masa seminggu untuk ambik keputusan darah . Seminggu ?? Sedangkan aku kat department kecemasan hari tu dalam beberapa jam je dah boleh tau result darah aku cemana . And kat poliklinik yang satu lagi tu , dalam masa 3 hari ko dah boleh ambik keputusan darah . Aku tak tau nak cakap cemana . Sama ada cara kerja mereka lembab or pengurusan dia ada bengkang bengkok sikit . Mulut kemain complain cara kerja dan pengurusan orang kan ! Kak Bedah sungguh ! Well , i pay for it ok . Kita bayar so kita deserve lah layanan yang baiks . Hoii , RM1 je kot ko kena bayar !!!! Muehehehe .

Why so serious ? (-_-V) heeee .

Seminggu kemudian , aku datang balik ke Poliklinik A . Aku ambik keputusan darah aku . Aku kena tunggu di kaunter pendaftaran . Lama gegila ! Nak meroyan sekejap aku . Tapi kena paham kalau service guna nombor ini memang lama kalau ramai orang . Bukan aku sorang je kot yang sakit . Kena ikut giliran juga . Haaa ! Bersabar dan bertolak ansur . Nasib baik aku ingat balik nilai nilai moral yang aku belajar 2 tahun yang lepas . Kehkehkeh :P Then , kena lagik tunggu lamaaaaaaaaaaaaaa kalau nak berjumpaaaaa dengan doktor ! Yang ini lagi azab .

Aku tengok bilik doktor yang aku perlu masuk bilik nombor 2 . Kemain jantung aku buat senaman ghairah kat dalam sana , sempat lagik jantung aku skip a beat tau . Hahaha . Hiperbola sungguh ! Setahun yang lepas pun aku pernah jumpa dengan doktor tu . Sementara tunggu giliran , ada lah wanita yang berusia 40-an kot  dan bertudung duduk di sebelah aku . Wanita itu tersangat lah becok macam murai kena tendang montot dia . Wakaka . Dia cakap lah yang doktor kat bilik nombor 2 biadap , tak pedulik kan pesakit dan sombong walhal "Dia orang saya sendiri . Sekaum seagama . Tapi perangai sangat menyedihkan . Kalau dia berehat , sampai berjam jam . Pernah sekali saya pergi toilet kebetulan sudah giliran saya . Saya mana tau . Jadi bila saya tak dipanggil panggil , saya terus masuk dalam . Dia marah marah saya dan baling nombor giliran saya ketepi . Dia marah lagi nurse tu" Dia cakap lebih kurang macam tu aah .

Ini kisah aku berjumpa dengan doktor tersebut setahun yang lepas . Doktor M , bukan nama sebenar .

Dr. M : Mana surat hospital awakkkkk ?!
Me : Saya dah simpan bersama kad .
Dr. M : Mana ? Mana ?
Nurse : Ini surat dia doktor .
Me : Garang gilos lah doktor ini (cakap dalam hati)
Dr. M : Keputusan darah awak tiada masalah .
Mom : Betul kah doktor ?? Haritu , masih ada lagi darah keluar bercampur dengan air liur dia .
Dr. M : Saya sudah cakap takda masalah , jadi takda lah !! Kalau ada kanser , saya cakap lah ada kanser !!             Kamu bukan doktor . Mana nak tau . Gusi pun boleh berdarah jugak !! Tekak boleh berdarahhhh                 jugakkkk !! Nurse , tell this woman . Don't get anxiety . Nothing serious !! (sambil geleng kepala)
Me : (diam . stress kot doktor ni -_- fine je . Dimaafkan)

After aku dengar wanita tadi bercerita baru aku tahu yang perangai dia kepada semua pesakit memang biadap ! First aku jumpa dia dulu , aku hanya amalkan sifat malas nak layan . Yelah kan , doktor . Kerja banyak . Kerja stress . Asyik hadap muka orang sakit kronik je . Asyik cium bau ubat je . Aku kena paham . Sekali lagi aku teringatkan nilai nilai moral itu . Ohhhh !! Haha . So , aku tak boleh lah nak melenting secara berjemaah dengan dia . Kang gaduh kang orang menggumpat aku sakit tapi masih mampu dan kuat nak bergaduh keee budak ini pura pura sakit ?! Tidakkkkkkk :'O

Nasib baik tiba giliran aku haritu , Dr. M baik . Dia cakap "semakin membaik darah awak . Tak perlu risau . Minum banyak air" Dah taubat kot . Bulan puasa kan . Haha . Dia pun nak gumpul pahala dengan rakusnya . Kalaulah dia layan aku macam kali pertama kita bertemu bertentang mata . Ewah . haha . Gurau . Aku dah siap kan peluru yang disapu dengan minyak sapi nak tembak dia balik . Kasih sedar sikit . Orang bongkak harus diberi pengajaran . Gituuuuuuu .

Skrip yang aku buat untuk tembak dia balik begini.....

Doktor , jangan ingat awak semakin muda . Satu hari nanti , awak pun akan jadi tua . Bila awak dah tua , akan banyak penyakit yang awak hidapi . Sakit jantung , sakit buah pinggang , kencing manis , parkinson , angin ahmar . Awak akan dapat penyakit itu dalam satu pakej . masa tu , awak tak boleh dah nak merawat diri sendiri . Nak tak nak , awak perlu juga berjumpa dengan doktor . Bila awak berjumpa dengan doktor , doktor itu akan layan awak dengan teruk sekali macam awak layan pesakit awak dulu , apa awak rasa ? Pasti awak menyesal . Sebab u need to pay for what u've done . karma tau !

tapi aku tak sebut lah . Dia kan sangat mulia pada hari itu . mihmihmih . Benarlah kata wanita itu , "Kadang kadang bangsa kita sendiri sangat bongkak dan biadap . Doktor Cina dengan doktor India lagi baikkkk . Mereka sangat baikkk . Mesra . Kerja pun betul" Lepas tu dia ingatkan aku , "Kalau dah besar makan gaji nanti , tak payah sombong" Pengajaran untuk diri sendiri dan juga orang lain . Ok bye ! ^__________________________^


Comments

Popular posts from this blog

Pakaian Tradisional Lelaki Iban Sarawak

Something to be shared. Sebab aku rasa maklumat mengenai kaum Iban di Sarawak, kalau kita Google melambak yang mengarut dari yang tepatnya. Sebagai orang Iban, why not aku kongsi perkara ini. Untuk membantu diri sendiri dan juga orang lain. Aku pun tengah belajar bahasa Iban. Cetek lagi ilmu aku dalam bahasa ibunda sendiri. Btw, aku ambil Bahasa Iban sebagai minor di UPSI. Sebenarnya maklumat tersebut merupakan assigment aku. Kalau ada yang salah sila perbetulkan. Kalau-kalau la ada pihak yang arif bahasa Iban lalu di blog ini . Aku masih lagi belajar, Banyak benda yang aku tak tahu.

Photo taken from Google and Other Blogs :)

Lanjang Ngepan tradisional laki ke dikena ba pala dikumbai kitai lanjang. Bisi sebengkah perengka ba lanjang ke dikumbai ketapu. Ketapu nya digaga ari wi. Wi nya dianyam lalu chura iya nitihka peneka diri empu. Udah wi tembu dianyam sereta dicat, iya digelar kitai ketapu. Bisi mega ketapu dianyam sereta dicat nitihka chura burung kenyalang. Udah ketapu tembu diany…

Semalaman di Perkampungan Orang Asli

Tengah takda benda nak buat, hati aku terpanggil untuk update blog. Cewahhh! Penangan belek folder gambar lama la tu. Pengalaman bermalam di Perkampungan Orang Asli agak menarik bagi aku. Aku suka program yang berbentuk bring me out to other places. Aku jenis yang tidak boleh duduk di tempat yang sama dalam jangka panjang sebab aku cepat muak, stres, sakit kepala. Aku suka tempat yang boleh refresh emosi dan jiwa. Gitu!
Ok, let make it short. Program anjuran Persatuan Bahasa Iban UPSI di Perkampungan Orang Asli Pecah Batu ini berbentuk khidmat masyarakat. Program ini santai dan simple je. Pertama, mendekati penduduk orang Asli. Kedua, pertukaran cara hidup @ budaya. Kami kaum Iban memperkenalkan budaya kami dan begitu juga dengan mereka! Agak seronok sebenarnya kalau susunan program itu betul dan padat.
Program: Program Khidmat Masyarakat di Perkampungan Orang Asli Tempat: Kampung Pecah Batu, Perak Tarikh: 13 Mac - 15 Mac 2015

Program ini bermula 13/3/2015. Tapi beberapa orang antara…

Luahan Hati Seorang Bohsia

Today is Friday . I'm free . Eh , bukan aku memang selalu free ke ? wakakaka . Ohkay serius sikit . TV show favourite dah nak start dah ni . fokus fokus fokusssss !
iklan ini ditaja oleh Loreal Paris .  Apa kaitan diri ku ini dengan Loreal Paris ? Tetiba (-_-")
Hye you all ! Selamat pagi ! apa khabar ? Anda , bersama saya pengacara pada hari ini Cik Meeniey Vogue The Best !! (lambai tangan) Anda sedang menyaksikan rancangan No Rumours No Glamours ! Nah , ko ada ? Kita akan kupas sedikit tajuk mengenai perjalanan hidup seorang bohsia bersama tiga orang tetamu jemputan iaitu Profesor Kiah , Datin Joyah dan bekas bohsia Cik Munah !
Main main jugak , gedik gedik jugak tapi aku tak sentuh fasal hidup orang lain . ewahhhh ! Isnin minggu depan , aku akan sitting for JPJ test pukul 2 petang . Harap semuanya berjalan dengan lancar . Sebulan dah aku belajar memandu . Dulu , hidup hidup aku ingat belajar drive sampai 3 bulan . Mana ada orang nak ajar engko sampai 3 bulan ? At least lah…