Skip to main content

Hubungan Dua Tahun




Ihiks . Bila Wordless Wednesday , tetiba banyak idea pulak nak update blog .

Semalam , genap dua tahun dah hubungan aku dengan blog aku ini terjalin . Congrats ! Nampaknya , aku bukan blogger timbul tenggelam . Ehem . Cuma update je kurang dan jarang . Jarang update tapi aku sentiasa berkeliaran di blog orang lain ataupun blogwalking . Aku lebih suka baca entry orang . Kutip ilmu . Cari inspirasi . Blog je pun , ilmu apa pulak nak dituntut ? Walaupun blog , kena ada ilmu nak edit blog kasih cantik . Ingat orang yang menaip je perlu cantikk ??! Aummm . Haha . Kena ada ilmu nak naik kan traffic blog . Kena ada ilmu menulis entry yang berkualiti . Semua nya kena ada ilmu lahh , senang cerita . Aku suka baca blog sendiri especially entri entri lama . Lepas tu sengih sorang macam siput busuk sedang ngigau senyum . Mihihihihi :P Sebab tu aku tak nak update cincai cincai . Eh , ye keeeeee ?

Dulu aku tak tahu langsung blog itu apa . Sila jangan tundingkan jari kotor anda kepada aku dan mengatakan aku ini orang asli proto . Pftttttttt (-_-) Aku masuk form 4 , aku ambil kelas ICT . Ye , cikgu selalu bagi task and suruh kitorang sesuaikan diri dengan internet . Masa tu , labtop dah ada dah . Tapi , kemudahan internet belum ada lagi :'( sedih pulak bila ingat zaman di mana kitorang nak call atau mesej kena cari line sampai panjat kerusi dan letak telefon dekat tingkap . First time ada akaun facebook add orang main hentam je . Kenal ke tak kenal , ada i kesah . Sekarang , kawan satu sekolah add guna profile picture kereta sport ala ala transformer , meroyan sekejap nak approve . Ke aku sorang ? Muahahaha :P

Balik ke cerita asal . Aku add orang sebarang . Aku ter-add Eykameow . Eykameow ada share entry dia ke Facebook . Aku klik lah dah dia keluar kat news feed kan . Blog dia kiut ya ampun ! Rasa nak menangis tengok . Berazam lah aku ini nak punya blog sendiri . Setahun aku jadi pembaca rahsia blog Eykameow . Hahaha ! Lepas setahun , baru aku ada blog sendiri . Main langgar lari je aku buat blog pada 14th May 2011 . Nama blog aku main campak je . Design blog pun macam budak tadika warnakan buku Winnie The Pooh dengan watercolour buncho . Wakakaka !! Url blog kemain gedikssss , gugur gigi korang ketawa kalau aku bagitau . 


Dulu , nama blog aku She Is Gebu . Aawwwww ! Malu kiteeeeeeeeee . Tapi aku dah tukar sebab nanti bila search nama blog aku , akan keluar lah benda benda lucah yang seangkatan dengan nama Gebu itu . uhuk uhuk . Peha awek gebu lah , awek melayu gebu lah , tetek awek gebu lah . Ya Tuhan , apa aku taip ini ! (tampar muka guna selipar jepun) Lepas tu , aku tukar lagi ke Mish Meeniey Empire : Laughing Talking . Aku suka bercakap dan ketawa sebab tu terfikir nak guna nama tu . Tapi , rasa tak sesuai pulak . Last , aku tukar ke Mish Meeniey Empire je . Sebab , aku terasa hidup dalam dunia aku sendiri bila dah tulis fasal diri sendiri . Gituuuuuuuuuuu bukkkk ya . And , boleh dak korang jangan gelak enampuluhenamsaat bila aku bagitau url lama blog aku ?? Url lama , meenieyskirtpurple.blogspot.com . Ya Tuhan , apa kah ini ? Muehehehe . Aku langsung tak pernah pakai skirt , tetiba url boleh sedemikian rupa . Adoiii haiiii !!!

Aku tak tahu langsung fungsi blog . Orang letak iklan Nuffnang , aku pun ikut letak sama . Walhal , aku tak tahu pun yang benda tu duittttttttttt babehhhhhhhhhh . Haaaaaaa , betul Cik Jahhh ! Aku letak sebab aku ingat iklan tu widget untuk hias blog . Omeyyyy lahhhh ada benda itu . Tapi bila lama lama , terfikir kejap kenapa widget tu boleh naik seposen duaposen sampai sepuloh hengget kan . Oh Myyy :O 

Now i know how's blogging like . What's blogging about . Perlu kan kesabaran yang tinggi . For me , sangat susah nak tonjolkan diri dalam dunia blog ini . 2 tahun aku berblog memang lah pengalaman tak banyak tapi ada sesikit . Tahu , belum cukup lagi . Dari segi pembaca dan traffic tak begitu banyak perubahan , ada tapi tak banyak sampai pembaca perlu berbaris nak tekan butang pangkah . Haha . Usahakan , ikut je apa yang diri sendiri nak , minat tak akan hilang . Tapi kalau ikut orang lain punya , itu mengejar glamour yang tak pasti . Ehh , cik ahkak ko dah pandai cakap pasal glamour . Huahaha . Tak payah dikejar , ia akan datang sendiri . Mungkin dari sudut yang berbeza .

Dear my blog ,

U're not only a blog . U're my diary . Whatever i feel , wherever i go , i always need you to share all my memories . It's been Two Years and One Day you become my another bestfriend . I'll keep write at you as long as i can ! Promiseeeeeeeeee . Weheheehe . Happy Birthday Blog :)

Please click the links :





Comments

Gugu Suseno said…
SY POST BLE SY SUKA JEKK .. HEE ~

Popular posts from this blog

Pakaian Tradisional Lelaki Iban Sarawak

Something to be shared. Sebab aku rasa maklumat mengenai kaum Iban di Sarawak, kalau kita Google melambak yang mengarut dari yang tepatnya. Sebagai orang Iban, why not aku kongsi perkara ini. Untuk membantu diri sendiri dan juga orang lain. Aku pun tengah belajar bahasa Iban. Cetek lagi ilmu aku dalam bahasa ibunda sendiri. Btw, aku ambil Bahasa Iban sebagai minor di UPSI. Sebenarnya maklumat tersebut merupakan assigment aku. Kalau ada yang salah sila perbetulkan. Kalau-kalau la ada pihak yang arif bahasa Iban lalu di blog ini . Aku masih lagi belajar, Banyak benda yang aku tak tahu.

Photo taken from Google and Other Blogs :)

Lanjang Ngepan tradisional laki ke dikena ba pala dikumbai kitai lanjang. Bisi sebengkah perengka ba lanjang ke dikumbai ketapu. Ketapu nya digaga ari wi. Wi nya dianyam lalu chura iya nitihka peneka diri empu. Udah wi tembu dianyam sereta dicat, iya digelar kitai ketapu. Bisi mega ketapu dianyam sereta dicat nitihka chura burung kenyalang. Udah ketapu tembu diany…

Semalaman di Perkampungan Orang Asli

Tengah takda benda nak buat, hati aku terpanggil untuk update blog. Cewahhh! Penangan belek folder gambar lama la tu. Pengalaman bermalam di Perkampungan Orang Asli agak menarik bagi aku. Aku suka program yang berbentuk bring me out to other places. Aku jenis yang tidak boleh duduk di tempat yang sama dalam jangka panjang sebab aku cepat muak, stres, sakit kepala. Aku suka tempat yang boleh refresh emosi dan jiwa. Gitu!
Ok, let make it short. Program anjuran Persatuan Bahasa Iban UPSI di Perkampungan Orang Asli Pecah Batu ini berbentuk khidmat masyarakat. Program ini santai dan simple je. Pertama, mendekati penduduk orang Asli. Kedua, pertukaran cara hidup @ budaya. Kami kaum Iban memperkenalkan budaya kami dan begitu juga dengan mereka! Agak seronok sebenarnya kalau susunan program itu betul dan padat.
Program: Program Khidmat Masyarakat di Perkampungan Orang Asli Tempat: Kampung Pecah Batu, Perak Tarikh: 13 Mac - 15 Mac 2015

Program ini bermula 13/3/2015. Tapi beberapa orang antara…

Checklist Barang Penting & Keperluan

Untuk Continue Study !




Hye ! Morning Saturday :)
Bulan August is really tough for me . Banyak kemains benda nak settle . Huru hara kejap kepala hotak aku . Tapi takpa , sekali dalam setahun . kahkahkah . So , here i just wanna make a checklist for my own . Untuk kegunaan diri sendiri je . Aku jenis yang takmo serabut . Kena senaraikan bebetul apa yang penting dan perlu dibuat , dibeli , diuruskan , (dan banyak di lah senang cerita) dahulu . Malas nak menulis di atas kertas . Membazir aje . Kalau taip taip aje , tak perlu nak menebang pokok bagai . Alam sekitar tak musnah . Cuaca pun tak panas sangat . Terbakar kulit ahkak M ko tau . Tetiba pulak aku emo tahap stress .
Barang Penting  (kena settle dulu)

Print out semua borang 
Buat salinan & sahkan semua borang 
Bayar Yuran 
Permohonan PTPTN (dalam proses) 
Medical Check Up 
Upload Gambar Kad Matriks (UPSI) 
Flight Tickets 

Barang Keperluan :

*Pakaian

Baju kurung (9 helai . Mintak mintak cukup)
Baju & seluar sukan
Baju &…