Skip to main content

Happy Teachers' Day :)




Aku sekolah di Sk Sg. Durin dari prasekolah sampai darjah enam . Dulu , aku boleh dilabel sebagai budak yang sangat slow dan low to the floor of earth . Cheyyy , mengaku jugak kan ! Aku langsung tak tahu membaca dan mengira . Aku hanya tahu makan sajaaaaaaa . Betul , seriously ! Selepas bersara jadi tentera , atuk aku jadi pembantu am kat sekolah rendah aku . Jadi , tetiap waktu rehat pasti aku pergi bilik dia . Dia dah sediakan mee goreng lah , mee kolok lah , nasi goreng lah dan yang sedap bersamaan dengannya atas meja . Kerja aku melicinkan pinggan je (-_-) wakakaka . Aku tak takut pada cikgu sebab atuk aku kan kerja sana dan mereka kenal atuk aku . 

Tapi disebabkan kemalasan dan ke-slow-an aku , akhirnya ada cikgu yang mengadu . Tak ke lembap kalau tetiap hari makan mee . uhuk uhuk :P Aku hampir hampir masuk kelas B bersamaan bodoh kot . Jadi , mak ayah aku tahu lah yang aku ni malas dan slow . Sebelum tu mereka tak tahu apa apa pun . heeee . Aku masih ingat darjah dua , aku selalu fail baca sifir 4 dan tak tahu membaca . Ehem . Sekarang ini pun sifir masih terumbang ambing . Aku agak benci nombor . Nombor telefon sendiri pun tak ingat . Muahahaha . Cikgu Matematik Cikgu Ning sangat lawaaaaa tapi selalu hukum aku sebab tetiap hari sekat sekat baca sifir 4 . Dia hukum aku ketuk ketampi dengan tangan di telinga . Sama juga masa BM . Cikgu Hayati guna cermin mata dan suami dia ahli bomba (apa kaitan suami dia ?) selalu suruh eja dan tulis menyayangi pun sama fail jugak . Selalu lah kena tarik telinga dan rotan . Dulu , cikgu sesuka hati nak rotan . Salah sikit , pappppp buntut ko . Cerr sekarang buat , satu rombongan menaiki lori peguam datang sekolah nak dakwa saman cikgu .

Darjah tiga , guru kelas kita lelaki ajar English . Cikgu kita ni lawaklah ! Dia pakai seluar tarik habis habis sampai atas dari perut . Muehehehe . Rambut dia fesyen sikat sebelah kiri , depan ada terangkat sesikit . Wakaka . Masa darjah tiga ini lah aku improve sesikit . Dulu aku selalu nombor dua atau tiga last dalam kelas . Sekali , masa darjah tiga aku nombor sepuluh . Ok lah tu kan :) Lepas tu , bila aku darjah empat lima dan enam , aku berjaya menempatkan diri dalam top 5 . Ehem . Haha . Semua tu sebab cikgu lah tu . Kat sekolah cikgu selalu marah sebab aku lembap . Kat rumah ayah pula jadi cikgu memarah , siap ada hanger disebelah bila mengajar aku membaca . Cuba ko fikir , aku belajar menggunakan buku tahun enam untuk belajar english dan BM sedangkan aku baru tahun tiga . Semua barang belajar complete kat bilik tidur aku . Perkara itu yang aku apply kan kat bilik tidur aku sampai sekarang . Ihiks !

Darjah berapa tak ingat . Itulah guru kelas yang aku cakap tadi tu :P


Dulu selalu berdendam time cikgu marah . Dalam hati kata "nanti awak cikgu . bila dah besar nanti aku jadi cikgu , aku akan kerjakan anak ko macam ko kerja kan aku" Muahahaha ! Ayat femes kitorang bila cikgu marah dan pukul kitorang . Lepas tu , aku sering sedih sebab kawan kawan sangat pandai dan cikgu puji dorang . Dorang kena pilih jadi itu ini lah tapi aku tak . Mereka jadi pengawas jadi ketua kelas , i is jelly you tau :'( hahahaha . Tamat darjah 6 , UPSR aku dapat 2A . Masuk tingkatan , aku kelas 1A .

 Sekolah menengah merupakan zaman pancaroba . Mula lah bergaul dengan kawan dari sekolah lain . Salah pilih kawan , sesat lah ko sampai bila bila . Dulu aku hampir hampir sesat . Tapi , ye lah kan . Sedar cepat disebabkan oleh sorang cikgu . Ok , boleh baca sini Aku pernah gaduh dengan sorang cikgu . Sampai aku sanggup escape sedangkan boleh je dok dediam kat rumah bila berfikir secara waras . Lepas tu aku insaf lah . Sekarang ini , masih lagi cari Cikgu Christina yang gaduh dengan aku dulu .

Masa tingkatan dua dan tiga , kita ada sorang guru kelas . Perempuan , Cina dan cute . Ihiks . She has very unique name ok . Her name is Yang New York :) Hanya dia saja yang memahami kelas kitorang . Kelas kitorang 2A dan 3A sangat femes kat sekolah . Kitorang jahat lah , malas lah , suka melawan lah sombong lah itu ini lah . Banyak cikgu tak tahan bila masuk kelas kitorang . Tapi hanya Cikgu Yang je yang baik dan berusaha back up kitorang . Sebab dia tahu dan percaya dengan kitorang . Nak nangessss pulok cik ahkak bila menaip ini .

Lower 6 :)


Masa tingkatan tiga , ada satu kejadian yang tak dapat aku nak lupakan sampai sekarang . Masa tu kitorang sibuk dengan kerja kursus . Ada sorang kawan kita tu tak ingat buat apa tah kerja kursus Cikgu Geografi  Cikgu Irene Ngu . Dia agak klasik , sebab pakaian dan barang barang dia semua era 70 or 80-an . Kalau terserempak dengan dia je , murid akan nyanyi "klasik nasional , segalanya di sini mengamit memori"  Muahahahaha ! Dia arahkan satu kelas dihukum berdiri . Kawan yang tak ingat buat tu tadi , cikgu disiplin rotan dia . Lepas tu , kena panggil dengan PK HEM . Seminggu masih lagi kecoh dengan perkara tu . Cikgu tu menangis terus blah dari kelas . Start dari hari tu , kitorang tak pernah jumpa dia . Dia dah pindah kot (-_-")

Entry mengimbau kenangan memang agak panjang . Muahahahaha :P Sorang lagi cikgu yang paling aku takut yang paling garang yang paling tegas yang paling lucu yang paling pandai ragging . Nama dia Cikgu Khairul . Ada jugak yang panggil dia Cikgu Bob . Masa tingkatan 3 dia ajar BM , pernah sekali dia terbalik kan meja kelas kitorang . Kalau dia dah marah , sebuah bangunan boleh pecah . Gempa bumi sekejap satu sekolah . Kadang kadang dia baik , dia tak marah sebarangan . Heeee . Kita sering kena hukum menyanyi atas meja , tepuk amai amai , berlari tengah hari buta . Semua yang dia buat untuk kebaikan kitorang supaya boleh ingat jalan cerita novel , pengajaran and etc etc . Tingkatan 4 dan 5 dia ajar biologi . Paper killer memang dia sangat strict . Subject bio mesti open minded sikit kan sebab segala organ organ dipelajari . Jadi mulut cikgu tu pun open minded jugak . Dia cakap "anu kamu dah berbulu panjang sampai bersambung dengan bulu kaki pun masih tak boleh berfikir" . Lagi dia cakap "yang perempuan sila tengok dada kamu . dah boleh menyusukan anak" Muahahahaha . Apa lah cikgu ni . Tapi yang diajar cepat masuk kepala hotak .

Kepada guru guru Sk Sg Durin dan SMK Durin serta guru di serata dunia ,

Happy Teachers' Day ! Halalkan segala ilmu yang diberi dan diterima oleh kami . Sedangkan seorang pemimpin terhutang budi dan tidak dapat membalas jasamu inikan pula kami orang biasa . We still have God . He will give you the best . Thank you very much . May God Bless you :)



p/s : jika satu hari nanti aku jadi cikgu juga ................ okbye !




Comments

Popular posts from this blog

Pakaian Tradisional Lelaki Iban Sarawak

Something to be shared. Sebab aku rasa maklumat mengenai kaum Iban di Sarawak, kalau kita Google melambak yang mengarut dari yang tepatnya. Sebagai orang Iban, why not aku kongsi perkara ini. Untuk membantu diri sendiri dan juga orang lain. Aku pun tengah belajar bahasa Iban. Cetek lagi ilmu aku dalam bahasa ibunda sendiri. Btw, aku ambil Bahasa Iban sebagai minor di UPSI. Sebenarnya maklumat tersebut merupakan assigment aku. Kalau ada yang salah sila perbetulkan. Kalau-kalau la ada pihak yang arif bahasa Iban lalu di blog ini . Aku masih lagi belajar, Banyak benda yang aku tak tahu.

Photo taken from Google and Other Blogs :)

Lanjang Ngepan tradisional laki ke dikena ba pala dikumbai kitai lanjang. Bisi sebengkah perengka ba lanjang ke dikumbai ketapu. Ketapu nya digaga ari wi. Wi nya dianyam lalu chura iya nitihka peneka diri empu. Udah wi tembu dianyam sereta dicat, iya digelar kitai ketapu. Bisi mega ketapu dianyam sereta dicat nitihka chura burung kenyalang. Udah ketapu tembu diany…

Semalaman di Perkampungan Orang Asli

Tengah takda benda nak buat, hati aku terpanggil untuk update blog. Cewahhh! Penangan belek folder gambar lama la tu. Pengalaman bermalam di Perkampungan Orang Asli agak menarik bagi aku. Aku suka program yang berbentuk bring me out to other places. Aku jenis yang tidak boleh duduk di tempat yang sama dalam jangka panjang sebab aku cepat muak, stres, sakit kepala. Aku suka tempat yang boleh refresh emosi dan jiwa. Gitu!
Ok, let make it short. Program anjuran Persatuan Bahasa Iban UPSI di Perkampungan Orang Asli Pecah Batu ini berbentuk khidmat masyarakat. Program ini santai dan simple je. Pertama, mendekati penduduk orang Asli. Kedua, pertukaran cara hidup @ budaya. Kami kaum Iban memperkenalkan budaya kami dan begitu juga dengan mereka! Agak seronok sebenarnya kalau susunan program itu betul dan padat.
Program: Program Khidmat Masyarakat di Perkampungan Orang Asli Tempat: Kampung Pecah Batu, Perak Tarikh: 13 Mac - 15 Mac 2015

Program ini bermula 13/3/2015. Tapi beberapa orang antara…

Checklist Barang Penting & Keperluan

Untuk Continue Study !




Hye ! Morning Saturday :)
Bulan August is really tough for me . Banyak kemains benda nak settle . Huru hara kejap kepala hotak aku . Tapi takpa , sekali dalam setahun . kahkahkah . So , here i just wanna make a checklist for my own . Untuk kegunaan diri sendiri je . Aku jenis yang takmo serabut . Kena senaraikan bebetul apa yang penting dan perlu dibuat , dibeli , diuruskan , (dan banyak di lah senang cerita) dahulu . Malas nak menulis di atas kertas . Membazir aje . Kalau taip taip aje , tak perlu nak menebang pokok bagai . Alam sekitar tak musnah . Cuaca pun tak panas sangat . Terbakar kulit ahkak M ko tau . Tetiba pulak aku emo tahap stress .
Barang Penting  (kena settle dulu)

Print out semua borang 
Buat salinan & sahkan semua borang 
Bayar Yuran 
Permohonan PTPTN (dalam proses) 
Medical Check Up 
Upload Gambar Kad Matriks (UPSI) 
Flight Tickets 

Barang Keperluan :

*Pakaian

Baju kurung (9 helai . Mintak mintak cukup)
Baju & seluar sukan
Baju &…