Skip to main content

Hadiah Hari Guru




Wuuuuuuuuu ! Heeeee . Macam setahun Hari Guru dah berlalu , baru hari ini terhegeh hegeh nak update . Oh ya , entry Hari Guru di sini . Kita dah update . Ini kita nak cerita pasal hadiah pulak . 

Tapi hadiah yang aku nak cerita ni bukan aku punya . Zaman sekolah rendah aku suka bila sambutan Hari Guru . Aku suka makan kek you tau ! Muahahahaha :P Bila sekolah menengah , sambutan hari guru merupakan peluang keemasan aku untuk melakukan aktiviti kuat lentang dan bersnoorkling atas katil . Aku pun takda feel nak bagi hadiah hadiah bagai kepada cikgu cikgu . Aku takda cikgu feveret . hihihi . Aku hanya terinspirasi dengan mereka je . Ehem (mata ke atas sangat sangat)

Bahan bahan yang diperlukan . Pensel warna . Disk cover yang lama . Marker . Inky pen . Pembalut hadiah .
Kertas warna . Gunting . Double tap . Gam . Dan , Pelbagai bahan untuk menghias kad .


Adik aku merajuk . Dia kata nak bagi hadiah . Budak budak kan . Mula mula tak nak bagi hadiah . Sebab tak kenal cikgu lagi . Adik aku baru darjah satu . Then , dia kata nak bagi hadiah pulak sebab kawan kawan dia bagi hadiah . Dia bagitahu lambat gila . Malas lagi nak pergi drive ke mall . So , nak tak nak kena rajin kan diri buat kad untuk dia . Aku jugak yang kenaaaa ! Terima kasih adikku , terima kasih (nada menyindir)

Masa ni dah lewat sangat dah . Dah kuyu mata ahkak stim semacam nak mewarna nak menggunting nak melekat apa semua . Terlelap kejap atas kertas putih tu sampai keluar air liur . Basah pulok kertas tu . Terpaksa buat semula . Ok , kita tipu . Gurau . Wakakaka

Banananana ! Dah siap pun . Aku tau aku tak kreatif dan tak berjiwa seni . Hihihi :) At least i was trying ok

Bahagian dalam kad . Bakar tepi kertas bagai . Cuba nak mencungkil bakat terpendam dalam diri . Sampai sekarang tak boleh jumpa diri ada bakat terpendam atau tidak . Hahaha . Pasti cikgu itu fikir ini pasti hasil budak 5 tahun . Hello , at least i is ikhlas ok cikgu ! Wakakaka :P

Me and my lil bro . Tahi lalat memainkan peranan penting di dahi 


Aku rasa lah kan , cikgu tu pasti tanya kat adik aku siapa yang buat kad itu . Ehem . Pastu dia nakkenal kita . Ehem . Lepas tu dia nak mintak nombor telefon . Ehem . Lepas tu dia nak jumpa . Ehem . Lepas tu dia jatuh cinta . Ehem . Semuanya bermula dari sebuah kad . Haha . Cisssss , malas nak melayan sikap diri sendiri (-_-zzzzzzzzzzzzz buzzinggggg!)

Dear God , for everyday i wish that i can get "it" , i hope You can hear my prayer . i hope You can make "it" come true . please God . i really want "it" . Tomorrow i'll check "it" . Whatever the result , i'll hold "it" in sincere . Amen

John 15:7 - if you abide in me , and my words abide in you , ask whatever you wish and it will be done for you .

Romans 15:13 - Now the God of Hope fill You with all joy and peace in believing that you may abound in hope through the power of Holy Spirit .




Comments

Popular posts from this blog

Pakaian Tradisional Lelaki Iban Sarawak

Something to be shared. Sebab aku rasa maklumat mengenai kaum Iban di Sarawak, kalau kita Google melambak yang mengarut dari yang tepatnya. Sebagai orang Iban, why not aku kongsi perkara ini. Untuk membantu diri sendiri dan juga orang lain. Aku pun tengah belajar bahasa Iban. Cetek lagi ilmu aku dalam bahasa ibunda sendiri. Btw, aku ambil Bahasa Iban sebagai minor di UPSI. Sebenarnya maklumat tersebut merupakan assigment aku. Kalau ada yang salah sila perbetulkan. Kalau-kalau la ada pihak yang arif bahasa Iban lalu di blog ini . Aku masih lagi belajar, Banyak benda yang aku tak tahu.

Photo taken from Google and Other Blogs :)

Lanjang Ngepan tradisional laki ke dikena ba pala dikumbai kitai lanjang. Bisi sebengkah perengka ba lanjang ke dikumbai ketapu. Ketapu nya digaga ari wi. Wi nya dianyam lalu chura iya nitihka peneka diri empu. Udah wi tembu dianyam sereta dicat, iya digelar kitai ketapu. Bisi mega ketapu dianyam sereta dicat nitihka chura burung kenyalang. Udah ketapu tembu diany…

Semalaman di Perkampungan Orang Asli

Tengah takda benda nak buat, hati aku terpanggil untuk update blog. Cewahhh! Penangan belek folder gambar lama la tu. Pengalaman bermalam di Perkampungan Orang Asli agak menarik bagi aku. Aku suka program yang berbentuk bring me out to other places. Aku jenis yang tidak boleh duduk di tempat yang sama dalam jangka panjang sebab aku cepat muak, stres, sakit kepala. Aku suka tempat yang boleh refresh emosi dan jiwa. Gitu!
Ok, let make it short. Program anjuran Persatuan Bahasa Iban UPSI di Perkampungan Orang Asli Pecah Batu ini berbentuk khidmat masyarakat. Program ini santai dan simple je. Pertama, mendekati penduduk orang Asli. Kedua, pertukaran cara hidup @ budaya. Kami kaum Iban memperkenalkan budaya kami dan begitu juga dengan mereka! Agak seronok sebenarnya kalau susunan program itu betul dan padat.
Program: Program Khidmat Masyarakat di Perkampungan Orang Asli Tempat: Kampung Pecah Batu, Perak Tarikh: 13 Mac - 15 Mac 2015

Program ini bermula 13/3/2015. Tapi beberapa orang antara…

Luahan Hati Seorang Bohsia

Today is Friday . I'm free . Eh , bukan aku memang selalu free ke ? wakakaka . Ohkay serius sikit . TV show favourite dah nak start dah ni . fokus fokus fokusssss !
iklan ini ditaja oleh Loreal Paris .  Apa kaitan diri ku ini dengan Loreal Paris ? Tetiba (-_-")
Hye you all ! Selamat pagi ! apa khabar ? Anda , bersama saya pengacara pada hari ini Cik Meeniey Vogue The Best !! (lambai tangan) Anda sedang menyaksikan rancangan No Rumours No Glamours ! Nah , ko ada ? Kita akan kupas sedikit tajuk mengenai perjalanan hidup seorang bohsia bersama tiga orang tetamu jemputan iaitu Profesor Kiah , Datin Joyah dan bekas bohsia Cik Munah !
Main main jugak , gedik gedik jugak tapi aku tak sentuh fasal hidup orang lain . ewahhhh ! Isnin minggu depan , aku akan sitting for JPJ test pukul 2 petang . Harap semuanya berjalan dengan lancar . Sebulan dah aku belajar memandu . Dulu , hidup hidup aku ingat belajar drive sampai 3 bulan . Mana ada orang nak ajar engko sampai 3 bulan ? At least lah…