Skip to main content

Luahan Hati Seorang Bohsia




Today is Friday . I'm free . Eh , bukan aku memang selalu free ke ? wakakaka . Ohkay serius sikit . TV show favourite dah nak start dah ni . fokus fokus fokusssss !

iklan ini ditaja oleh Loreal Paris . 
Apa kaitan diri ku ini dengan Loreal Paris ? Tetiba (-_-")

Hye you all ! Selamat pagi ! apa khabar ? Anda , bersama saya pengacara pada hari ini Cik Meeniey Vogue The Best !! (lambai tangan) Anda sedang menyaksikan rancangan No Rumours No Glamours ! Nah , ko ada ? Kita akan kupas sedikit tajuk mengenai perjalanan hidup seorang bohsia bersama tiga orang tetamu jemputan iaitu Profesor Kiah , Datin Joyah dan bekas bohsia Cik Munah !

Main main jugak , gedik gedik jugak tapi aku tak sentuh fasal hidup orang lain . ewahhhh ! Isnin minggu depan , aku akan sitting for JPJ test pukul 2 petang . Harap semuanya berjalan dengan lancar . Sebulan dah aku belajar memandu . Dulu , hidup hidup aku ingat belajar drive sampai 3 bulan . Mana ada orang nak ajar engko sampai 3 bulan ? At least lah ko tempah pengajar tu eksklusif untuk ko sorang je . Dah dapat lesen P baru lega sikit buah pinggang aku . Boleh berjimba sini sana . Kalau selama ini aku yang takut kat abe polis trafik . Lepas dapat lesen nanti , abe polis trafik yang takut kat aku . Haha ! Dekat dekat nak JPJ test ni kan aku bezzie kemain sampai lupa yang aku ni ada blog . Eh ?? haha ! Hari ini je free , esok lusa kena turun belajar lagi . Aishhhh !

Rabu lepas , me and my family otw nak balik rumah lepas hantar aku belajar memandu . Kitorang ternampak satu kemalangan ! Sebelum kemalangan tu , dekat satu traffic light dua orang budak aku kira pasangan kekasih dengan lesen L dilekat pada motosikalnya . Me like "Lesen L motosikal boleh angkut orang ke ?" Budak lelaki tu break pun hampir hampir terlanggar kawan dia kat depan . nampak sangat belum pass ! Eh , macam lah engko ni dah pandai sangat drive ye Meeniey , ngata orang yang lebih ! Dekat satu simpang yakni pasangan tersebut cuba memotong kereta kitorang . Jalan tersangat lah licin macam lepas kena simbah dengan serbuk pencuci Daia , Lupakan yang lain ! hahaha . Tak , masa tu tengah hujan lebat . Tetiba motosikal mereka berdua tergelincir and kebetulan ada sebuah kereta datang dari arah depan . Perempuan tu masuk bawah kereta , lelaki tu tercampak pergi mana tah ! Lepas tu , Apa lagi ? tahu dah ending dia kan ? Trauma aku ! (T_T)

rehat sebentar bersama Kit Kat . 
Banyak betul rehat nye ! macam tak tau . drama Malaysia memang cenggitu ;)

Aku belajar drive pukul 10 pagi . Tapi semalam , kena turun awal pukul 7 pagi . 7 pagi okay ! Tu yang tak tahan tu . Aku memang budak berdisiplin dan berkarisma . Sediakan paper bag kalau terasa nak muntah . Bukan apa , kitorang nak ambik uncle kat airport dulu then hantar dia pergi express wharf pulak . Semalam juga hari sial bagi aku . Tetiba aku sakit perut . Mula mula aku watlek lu sebab ingat nak melabur biasa . Lama lama perut aku rasa dipulas pulasin , dipicit picitin . hahaha :P then aku suruhkan lah driver berhenti kat stesen minyak . lama lah jugak aku dalam toilet tu . Ok masih boleh tahan lagi teruskan perjalanan menuju ke institut memandu . Agak jauh jugak institut tu dengan stesen minyak tadi . Sekali lagi , perut aku sakit . Nasib baik dah sampai kat tempat aku belajar memandu tu . Cepat cepat pergi ke tandas . Gaya aku macam orang tak pernah berry setahun !

Perut aku sakit ya ampun ! Terasa nak fengsan i taw ! Aku muntah lagi . Terkena baju ok ! Nasib baik ada bawa roll on minyak wangi . Aku roll banyak banyak lah kat part baju yang terkena muntah tu tadi . fuhhhhhhh ! Sebab aku rasa nak pitam , so aku buat satu perjanjian lisan dengan diri sendiri "ok , mesti keluar dulu dari toilet ni baru aku boleh pengsan ! cepattttt !" Mentang mentang lah hospital dekat sangat dengan tempat tu . Aku keluar tapi Praise to The Lord , aku tak pengsan . Aku godek godek beg , ,jumpa pulak ubat aku ! Teheheeeee (^___^) aku rasa aku sakit perut sebab makan banyak sangat cili kering kisar yang nenek aku buat kot :""""( 

Aku tahu , dari tadi sampai sekarang korang bersemangat waja scroll punya scroll masih lagik tak jumpa mana kisah si bohsia tu ! muahahaha :P Pasti korang fed up kan ? terus relakan hati dan menyerah je nak baca entry ni sampai habis . korang cari sampai habis pun kisah bohsia tu tak akan pernah wujud kat sini . Sure korang bermonolog dalaman "banyak lah kisah bohsia ko sini ! Nama bohsia tadi pun kekampungan !" well well well , you know me . very good in spread the rumours ! Ini lah kisah aku pada minggu ini . Banyak lagi sebenarnya , tapi akan diceritakan nanti . ok , jom click butang pangkah warna merah kat atas ramai ramai !




Comments

Cik Tanpa Nama said…
ooouuhhh pandai bergurau ye dgn tajuk post..huhu
first time dtg sini...nice2 blog..salam perkenalan

Popular posts from this blog

Pakaian Tradisional Lelaki Iban Sarawak

Something to be shared. Sebab aku rasa maklumat mengenai kaum Iban di Sarawak, kalau kita Google melambak yang mengarut dari yang tepatnya. Sebagai orang Iban, why not aku kongsi perkara ini. Untuk membantu diri sendiri dan juga orang lain. Aku pun tengah belajar bahasa Iban. Cetek lagi ilmu aku dalam bahasa ibunda sendiri. Btw, aku ambil Bahasa Iban sebagai minor di UPSI. Sebenarnya maklumat tersebut merupakan assigment aku. Kalau ada yang salah sila perbetulkan. Kalau-kalau la ada pihak yang arif bahasa Iban lalu di blog ini . Aku masih lagi belajar, Banyak benda yang aku tak tahu.

Photo taken from Google and Other Blogs :)

Lanjang Ngepan tradisional laki ke dikena ba pala dikumbai kitai lanjang. Bisi sebengkah perengka ba lanjang ke dikumbai ketapu. Ketapu nya digaga ari wi. Wi nya dianyam lalu chura iya nitihka peneka diri empu. Udah wi tembu dianyam sereta dicat, iya digelar kitai ketapu. Bisi mega ketapu dianyam sereta dicat nitihka chura burung kenyalang. Udah ketapu tembu diany…

Semalaman di Perkampungan Orang Asli

Tengah takda benda nak buat, hati aku terpanggil untuk update blog. Cewahhh! Penangan belek folder gambar lama la tu. Pengalaman bermalam di Perkampungan Orang Asli agak menarik bagi aku. Aku suka program yang berbentuk bring me out to other places. Aku jenis yang tidak boleh duduk di tempat yang sama dalam jangka panjang sebab aku cepat muak, stres, sakit kepala. Aku suka tempat yang boleh refresh emosi dan jiwa. Gitu!
Ok, let make it short. Program anjuran Persatuan Bahasa Iban UPSI di Perkampungan Orang Asli Pecah Batu ini berbentuk khidmat masyarakat. Program ini santai dan simple je. Pertama, mendekati penduduk orang Asli. Kedua, pertukaran cara hidup @ budaya. Kami kaum Iban memperkenalkan budaya kami dan begitu juga dengan mereka! Agak seronok sebenarnya kalau susunan program itu betul dan padat.
Program: Program Khidmat Masyarakat di Perkampungan Orang Asli Tempat: Kampung Pecah Batu, Perak Tarikh: 13 Mac - 15 Mac 2015

Program ini bermula 13/3/2015. Tapi beberapa orang antara…