Skip to main content

SPONTANEOUS THURSDAY ( MEROKOK TAK BERBAHAYA ! )



HYE YOU ALL



sape kate rokok merbahaya ??? sape ?? sape?? Banyak orang khuatir bahaya rokok dan menakutinya, tapi setelah diselidikioleh beberapa pakar dalam bidangnya ternyata rokok itu sama sekali tidak berbahaya.
Kemudian para pakar sepakat untuk membuktikannya denganmengambil dari beberapa hikayat pada zaman dahulu kala di mana kala itunenek moyang kitapun telah membuktikannya melalui beberapa percubaan.

Buktinya seperti cerita di bawah ini, dia tetap sihat walafiat.
Pada zaman dahulu kala, ada tiga orang doktor. Mereka selalu bersama kemanasaja mereka pergi. Tapi ketiga-tiganya memiliki kegemaran berlainan.

A. dr Jon Sumawan (suka main perempuan)
B. dr Jon Walker (suka minum minuman keras)
C. dr Jon Kretek (suka segala jenis rokok)

Suatu hari ketiga sahabat ini berjalan jalan tanpa tujuan. Tiba-tibaketiganya bertemu dengan sebuah ketel / kendi
(seperti cerita Aladin). Lalusalah seorang mengambilnya lalu menggosok2kan ketel tersebut. Sejurus
kemudian asap keluar dari corong ketel tersebut dan secara perlahan bergantimenjadi satu makhluk yang menyeramkan yakni sesosok jin yang ganas.Lalu jin tersebut tertawa: 'Ha ha ha...' dan berkata 'Akulah Jin Ifrit!Kerana kamu telah membebaskan aku dari ketel itu maka aku akan tunaikan apa saja permintaan kamu sekalian. Ketiga sahabat yang pada mulanya panik dan takut menjadi gembira lalu termenung dan berpikir tentang peluang dan kemahuan masing-masing yang mungkin hanya sekali mereka jumpai dalam hidup
mereka. Lalu mereka memilih kemahuan mengikuti kegemaran masing-masing.

Berkatalah si A,'Aku mau perempuan-perempuan muda dari berbagai bangsa di seluruh dunia dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan ganggu aku selama 10 tahun. Pufff ........!! dengan sekejap mata jin menyempurnakan permintaan si A.

Berkata si B, 'Aku mau semua jenis arak dari seluruh dunia untuk bekal selama sepuluh tahun dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan ganggu aku selama 10 tahun.' Pufff .......... !! dalam sekejap mata jin menyempurnakan permintaan si B.
Berkata pula si C,'Aku mau semua jenis rokok dari seluruh dunia untuk bekal selama sepuluh tahun dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan ganggu aku selama 10 tahun.' Pufff ........... !! dengan sekejap mata jin itu menyempurnakan permintaan si C.

Setelah genap 10 tahun, maka jin tersebut muncul kembali untuk membuka pintu gua masing-masing sebagaimana yang telah dijanjikan. Maka jin tersebut pergi membuka pintu gua si A, ketika dibuka maka keluarlah si A dengan keadaan kurus kering, berdiri pun tidak boleh kerana tidak sanggup untuk menggerakkan lutut sebab hari-hari hanya memuaskan nafsu dengan perempuan. Tiba-tiba si A pun jatuh ke tanah lalu mati!!

Setelah itu jin tersebut pergi ke gua si B, ketika pintu dibuka maka keluarlah si B dengan perut yang sangat buncit kerana hari-hari mabuk-mabuk. Jalan pun terhuyung-huyung. Tiba-tiba si B pun jatuh ke tanah lalu mati !!

Setelah itu jin pergi ke gua si C dan membuka pintu gua. Tiba2 si C keluar dalam keadaan sehat walafiat dan terus MENAMPAR si jin sambil memaki si jin. Dia berkata: JIN BOODOH!! ...!!!! MANCISNYA MANA ...???!!!

MORAL : 'Rokok Tidak akan berbahaya, sepanjang tidak ada mancisnya'
HAHAHAHA , SEKIAN




Comments

Popular posts from this blog

Pakaian Tradisional Lelaki Iban Sarawak

Something to be shared. Sebab aku rasa maklumat mengenai kaum Iban di Sarawak, kalau kita Google melambak yang mengarut dari yang tepatnya. Sebagai orang Iban, why not aku kongsi perkara ini. Untuk membantu diri sendiri dan juga orang lain. Aku pun tengah belajar bahasa Iban. Cetek lagi ilmu aku dalam bahasa ibunda sendiri. Btw, aku ambil Bahasa Iban sebagai minor di UPSI. Sebenarnya maklumat tersebut merupakan assigment aku. Kalau ada yang salah sila perbetulkan. Kalau-kalau la ada pihak yang arif bahasa Iban lalu di blog ini . Aku masih lagi belajar, Banyak benda yang aku tak tahu.

Photo taken from Google and Other Blogs :)

Lanjang Ngepan tradisional laki ke dikena ba pala dikumbai kitai lanjang. Bisi sebengkah perengka ba lanjang ke dikumbai ketapu. Ketapu nya digaga ari wi. Wi nya dianyam lalu chura iya nitihka peneka diri empu. Udah wi tembu dianyam sereta dicat, iya digelar kitai ketapu. Bisi mega ketapu dianyam sereta dicat nitihka chura burung kenyalang. Udah ketapu tembu diany…

Semalaman di Perkampungan Orang Asli

Tengah takda benda nak buat, hati aku terpanggil untuk update blog. Cewahhh! Penangan belek folder gambar lama la tu. Pengalaman bermalam di Perkampungan Orang Asli agak menarik bagi aku. Aku suka program yang berbentuk bring me out to other places. Aku jenis yang tidak boleh duduk di tempat yang sama dalam jangka panjang sebab aku cepat muak, stres, sakit kepala. Aku suka tempat yang boleh refresh emosi dan jiwa. Gitu!
Ok, let make it short. Program anjuran Persatuan Bahasa Iban UPSI di Perkampungan Orang Asli Pecah Batu ini berbentuk khidmat masyarakat. Program ini santai dan simple je. Pertama, mendekati penduduk orang Asli. Kedua, pertukaran cara hidup @ budaya. Kami kaum Iban memperkenalkan budaya kami dan begitu juga dengan mereka! Agak seronok sebenarnya kalau susunan program itu betul dan padat.
Program: Program Khidmat Masyarakat di Perkampungan Orang Asli Tempat: Kampung Pecah Batu, Perak Tarikh: 13 Mac - 15 Mac 2015

Program ini bermula 13/3/2015. Tapi beberapa orang antara…

Checklist Barang Penting & Keperluan

Untuk Continue Study !




Hye ! Morning Saturday :)
Bulan August is really tough for me . Banyak kemains benda nak settle . Huru hara kejap kepala hotak aku . Tapi takpa , sekali dalam setahun . kahkahkah . So , here i just wanna make a checklist for my own . Untuk kegunaan diri sendiri je . Aku jenis yang takmo serabut . Kena senaraikan bebetul apa yang penting dan perlu dibuat , dibeli , diuruskan , (dan banyak di lah senang cerita) dahulu . Malas nak menulis di atas kertas . Membazir aje . Kalau taip taip aje , tak perlu nak menebang pokok bagai . Alam sekitar tak musnah . Cuaca pun tak panas sangat . Terbakar kulit ahkak M ko tau . Tetiba pulak aku emo tahap stress .
Barang Penting  (kena settle dulu)

Print out semua borang 
Buat salinan & sahkan semua borang 
Bayar Yuran 
Permohonan PTPTN (dalam proses) 
Medical Check Up 
Upload Gambar Kad Matriks (UPSI) 
Flight Tickets 

Barang Keperluan :

*Pakaian

Baju kurung (9 helai . Mintak mintak cukup)
Baju & seluar sukan
Baju &…